Wednesday, January 18, 2012

Kuliah Pilihan

Ayah bagitau Ustaz Don nak datang LK. 
betul ke? 
Ayah ajak seisi rumah. 
Nak! nak pergi. selalu tengok Ust Don kat TV Hijrah je. 
Alang-alang dah sampai LK, tak jauh pun. Moh le pergi dengar ceramah dia. Best tuuu.

Plan tak plan, petang 6.30 15hb, masing-masing bersiap-siap. 
Kitorang sampai kat kawasan surau, ngam-ngam azan Maghrib berkumandang.
Parking penuh. Semestinya lah kan!
Masuk je ruang solat muslimat, penuuuhhhhhh.

Kuliah santai Ust Don lepas Maghrib. Elok je lepas menunaikan solat Maghrib berjemaah,
ruang solat muslimat bertambah kepadatan. Ada yang baru sampai. Tu diaaaa aih penangan Ust Don.
Sume pakat mai nak dengaq. Memang ramai sangatlah kan.
Saya setia duduk dgn Ummi kat belakang. Tak pe lah kalau tak dapat tengok live, yang penting, ilmu dan dakwah ustaz sampai, menepati objektif dan tujuan perjuangan dakwah beliau.
Kuliah santai malam tu, Ustaz kupas tentang Al-Quran. Memang menarik.
Alhamdulillah Allah gerakkan hati-hati kami untuk ke sana walaupun di luar kariah.
Seronok Al-Quran ni. Makin dalam kita teroka, makin banyak keindahannya.
Saya pun dalam proses nak teroka jugak.
Alhamdulillah atas nur dan hidayahMu.

Ok, kalau siapa yang tak pernah dengar/tengok cara Ust Don berdakwah,
boleh la tengok 30 minit bersama Ust Don @ TV Al-Hijrah.
Penerangannya jelas, nak-nak kalau belajar tajwid.

Ustaz bersama pelajar-pelajar Tahfiz

Ustaz juga mengimami (eh betul ke ada perkataan ni?) solat Isyak selepas tamat kuliah santai.
Pahtu ada la sesi fotografi lah sain-sain lah tapi utk muslimin je la ;)



p/s: tq MC sebab kasi kite cilok pic ni.heeeee

1 comment:

ZAinol said...

sila ke laman facebook saya untuk dapatkan gambar2 Ust Don